Monday, January 1, 2018

MENGAPA TRANSFAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN?

11:55 PM 0
MENGAPA TRANSFAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN?
MENGAPA TRANSFAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN?



Minyak dan makanan yang mengandungi transfat yang banyak
akan meningkatkan tahap "kolestrol" jahat (LDL) dan merendahkan "kolestrol baik' (HDL) dalam tubuh.

Ia meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Ia juga selalu dikaitkan dengan pesakit dianetis Jenis  2.

Sebelum tahun 1990, tidak banyak infomasi tentang bahaya transfat. Hanya selepas tahun 1990 sahaja banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahaya pengambilan minyak dan produk makanan yang mengandungi transfat.

Badan berautoriti yang menjaga keselamatan ubat dan makanan di Amerika Syarikat (US FDA) mula mengenakan sekatan kepada penggunaan transfat dalam industri makanan sejak tahun 1990 itu.

Namun US FDA tidak menghalang orang ramai yang memilih untuk mengambil transfat, tetapi memberikan amaran dan nasihat tentang keburukannya.

Produk yang banyak transfat ini selalunya ada dalam makanan seperti donut,  pizza, cookies, krakers, marjerin dan makanan yang digoreng.

Kita boleh memeriksa kandungan transfat dalam produk makanan dari label pada plastik atau kotak pembungkus.

Walaupun kadang kala ditulis sebagai  “0 grams of trans fats” ia bermakna kandungan transfat kurang dari  0.5 grams transfat setiap hidangan.

Kita juga boleh mengenali bahan transfat dalam penyediaan makanan dengan melihat kandungan bahan yang digunakan semasa penyediaan makanan. Kita juga boleh melihat pada jenis minyak yang digunakan yang ditulis sebagai "partially hydrogenated oils.”

Sumber :Dr Zubaidi



Saturday, December 23, 2017

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

7:18 PM 0
6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan dan tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber : Tazkirah Ilmu Islam


Tuesday, December 19, 2017

Bahaya third hand smoker

6:10 PM 0
Bahaya third hand smoker



First hand smoker adalah perokok itu sendiri. Asap yang disedut, masuk ke dalam paru paru diri dia sendiri.

Second hand smoker adalah individu yang tersedut asap dari perokok yang berada berdekatan dengan dia.

Third hand smoker adalah individu yang mendapat/terhidu bekas asap rokok yang melekat dia kawasan persekitarannya seperti di baju, sofa, langsir, tuala yada yada yada.

Tahu tak asap rokok tu boleh duduk dalam paru paru sampai berjam jam?

Tahu tak asap rokok tu boleh melekat kat sofa, baju, langsir yada yada tu berjam jam juga?

Tahu tak asap rokok tak boleh hilang pun hanya dengan mandi?



Asap rokok tak terus terhapus terus lepas kau hembus dia ke udara. Ianya bukan macam kentut yang sekeli lepas, sekali bau dan sekelip mata hilang dari deria.

Kentut bukanlah toksik.
Tak kisahlah kentut dari anus atau vagina.

Tapi asap rokok adalah toksik  yang membahayakan, bukan saja pada perokok tetapi pada yang terhidu tanpa rela. Ianya bersifat karsinogenik.

Siapakah yang paling selalu terdedah kepada third hand smoke ni?
Haruslah anak anak, isteri, ibu ayah atau yang serumah dengan perokok yang mementingkan diri sendiri tu.

Ya, ramai yang kata:
Saya tak rokok dalam rumah, saya tak rokok depan anak anak, saya rokok dengan kawan kawan saja, saya rokok time kerja saja yada yada yada.

Tapi perokok ni taktahu yang asap yang dia hisap dan hembus tu akan melekat dalam mulut dia, rongga pernafasan dia, paru paru dia, baju dia, rambut dia, muka dia, misai janggut dia dan segala yang terdedah dengan dia.

Balik rumah dia terus cium bini dan anak atau anak anak datang jabat tangan atau dia akan duduk di sofa dulu atau akan terbatuk sikit menghala ke langsir. Asap rokok masih tetap melekat di dalam mulut dan badan serta persekitaran.

Itu baru asap yang melekat di persekitaran rumah.

Cuba bayang kalau perokok yang jenis merokok depan anak bini, betapa teruknya kesan dia kan?

Yang seksa nanti anak dan bini.
Yang ke klinik dan hospital akibat susah nafas dan masalah paru paru adalah anak bini.

Kalau yang kena bahana tu perokok sahaja tak apalah, sebab dia yang sengaja cari penyakit.

Tapi, tak pasal pasal orang sekeliling dia pun dapat penyakit akibat dari perangai penting diri dia, tak ke menyampahkan?

Apakah kesan akibat daripada terhidu asap rokok?
1. Kanser ( paru paru, tekak, mulut)
2. Ulser dalam perut
3. Jangkitan telinga pada kanak kanak
4. Katarak
5. Masalah jantung
6. Masalah usus
7. Angin ahmar
8. Masalah paru paru
9. Kerosakan hati

Jadi, apa kita perlu buat untuk halang semua ni?

Berhentilah merokok, vape, bershisha, bercurut yada yada yada.

Walaupun harga rokok makin mencanak naik, tapi tetap juga jumlah perokok makin menimbun.

Tengok gambar di bawah, dalam masa 10 tahun, bilangan perokok tak berkurang banyak pun.

Jadi saya rasa, harga rokok naik sahaja tak cukup, perlu denda sahaja sesiapa yang merokok di kawasan awam, tempat makan, kawasan klinik dan hospital, kawasan sekolah, padang permainan, di tempat kerja semualah.

Kalau mereka masih nak merokok, merokok di dalam balang supaya mereka sahaja yang hidu asap rokok tu.

‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”
 (al-Baqarah 2: 195)

Berhentilah merokok tak kiralah siapa anda.

Janganlah jadi orang yang pentingkan diri sendiri.

Nota kaki : kerana kita hidup berkongsi. Berkongsi udara, berkongsi dunia, berkongsi habitat segala jenis makhluk.


Tuesday, December 12, 2017

CEGAH HFMD DENGAN MENJAGA KEBERSIHAN

6:55 PM 0
HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska. Orang kata SERIAU la.
Kalau taska suspect tiga kanak-kanak HFMD TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja...
so apa tu HFMD.definisi HFMD?




Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan :

* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister)
* najis kanak-kanak yang dijangkiti
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD
so memang lumrah kanak kanak kecil especially baby dan toddler (1-2 tahun) memasukkan benda ke dalam mulut

Tapi bagaimana orang dewasa nak menghindar atau jaga kesihatan anak anak. So boleh nak main.
Tapi lepas atau sebelum main ke atau buat apa-apa. Sebelum makan dan selepas makan
Sentiasa amalkan basuh tangan dengan CARA YANG BETUL!!

Contoh troli kat supermarket. Kita as a parents suka letak anak kat troli.
Itu pun punca anak boleh terkena HFMD
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti :

* demam,

* luka (ulcer) di mulut,

* ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

* Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan

* Pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).

* Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
Anak yang demam tiga hari konsisten suhu tinggi (tak kebah kebah).

Itu juga boleh jadi akan terkena suspect HFMD
‬Dia macam campak tapi hanya akan ada di kawasan dalam mulut, kaki (ada juga bahagian alat sulit) dan juga tangan.



Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


* Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.

* Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.

* Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

*  Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri.

* Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan


💝Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya.


💝Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.


💝Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.


💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.


💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.


💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.


💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.


💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.

 Produk yang boleh digunakan ialah :
-----------------------------------
1. basic H untuk pembersihan
2. nutriferon - antibodi kanak-kanak
3. meal shake - meningkatkan selera anak-anak
4. Vita C chew - meningkatkan kesihatan kanak kanak
5. herbal blend- boleh disapu pada ruam-ruam HFMD


kebiasaan empat belas hari total pulih sepenuhnya... sekiranya memang penjagaan dan kebersihan yang betul dan rapi...

Monday, December 11, 2017

MITOKONDRIA LEMAH PUNCA BADAN LEMAH

6:28 PM 0
Mek D nak kongsi  pasal MITOKONDRIA untuk entri kali ni.

Apa tu? Tak pernah dengar? Tengok gambar bawah ni kalau nak tahu bentuk MITOKONDRIA.



Inilah penjana tenaga dalam sel kita. Boleh la nak kata macam bateri. Kalau mitokondria lemah.. sel kita juga akan lemah.

Imagine, dulu dulu kan.. uols yang guna walkman atau cassette player, sambil buat homework sambil berhibur dengar lagu gitu. Kisah duduk asrama dulu la. Kan benda alah tu pakai bateri AA atau AAA

Bila bateri weak.. suara penyanyi merdu lemak manis boleh bertukar jadi suara Spongebob 😄

So samalah macam sel kita. Bila penjana tenaga lemah.. sel juga lemah.

Fungsi sel akan lemah, maka fungsi organ juga lemah. Maka wujudlah pelbagai masalah kesihatan.

Macam mana nak pastikan mitokondria sentiasa up and strong?

Mitokondria ni macam sel juga lah. Boleh dihasilkan semula. Namun Ia perlukan sesuatu supaya biogenesis ( wah ini bahasa makmal! Bahasa melayunya ➡ pembentukan semula ) boleh berlaku.

Rasveratrol lah jawapan untuk soalan diatas.

Well. Dalam tonik merah pilihan hati Mek D ada kandungan rasveratrol ini.

Awak nak jugak? Nak minta Mek D supply kan?

Boleh la whatsapp 0179051711 kalau nak tahu more info pasal rasveratrol dan tonik merah ini..

Sunday, December 10, 2017

KISAH HIDUP PENGASAS SEHINGGA TERHASILNYA SHAKLEE

6:12 PM 0
Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.



Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy.  Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.